Wednesday 28 October 2015

ITEM LAIN ...WIPES, BEG BASAHAN RIBBED & BEG BASAHAN DENIM


BEG BASAHAN 

Penyelesaian untuk menyimpan pad dan pelapik kain anda. Cara yang paling mudah untuk perjalanan dekat mahupun jauh dengan kemas dan selesa ketika menggunakan pad kain.

Ia begitu cantik sehingga tiada siapa yang boleh tahu ia membawa barang peribadi anda, memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja.

- Dimensi: 9 inci x 7 inci
- Terdiri daripada minky yang sangat lembut.
- Dilapisi dengan lapisan kalis air nilon bersalut PU.
- Berzip untuk menahan bau dan kelembapan dari keluar.
- Gelung adalah 9 inci panjang.
- Boleh memuatkan sehingga 9 keping pelapik Dry Flux, atau 3 hingga 5 keping saiz pad yang lain.

Anda tidak menggunakan mana-mana Pad & Pelapik Kain ? Nah, ia juga berfungsi dengan baik untuk barang peribadi seperti kosmetik, kelengkapan diri dan apa sahaja yang anda perlukan!
Wipes adalah alternatif kepada tisu yang biasa kita gunakan. Fungsi asal wipes ni untuk lap bahagian intim masa ke tandas, biasanya kita gunakan tisu sebelum sarungkan panty. Oleh kerana ciri-ciri yang sangat lembut pada kulit dan sangat menyerap, ia boleh digunakan untuk bayi dan kanak-kanak juga.  Wipes diperbuat dari lapisan minky yang sangat lembut pada kulit dan juga microfibre yg antibakteria, sangat menyerap dan cepat kering.    Saiz: 7 inci x 7 inci - 

SINGLE ITEM PAD KAIN







BERMINAT??
WHATSAPP : 0122249400

DENIM PAD KAIN






BERMINAT??
WHATSAPP : 012-2249400

Sunday 25 October 2015

Cara Penjagaan dan Cucian Pad Kain Snowpad

Cara Penjagaan dan Cucian

Soalan paling kerap kami terima. Pad Kain ni mudah nak cuci tak? Cepat kering tak? Mcmana nak jaga?

san penyerap yang antibakteria boleh menyerap lembapan berkali ganda, dan hanya perlu tukar bila penuh kerana ia juga dilengkapi dengan lapisan kalis air yg mempunyai aliran udara yang tinggi.
Rata2 pelanggan beritahu pad kain tahan lebih lama berbanding pad pakai buang, tak perlu tukar sekerap pad pakai buang. Ditambah pula dengan keselesaan yang tinggi serta tak menyebabkan gatal walau dipakai lama.

Kalau customer tanya bagaimana nak cuci, cara kami adalah begini:

Bilas di singki sambil2 semasa kita mandi contohnya, dengan air dan sedikit sabun detergen lalu sambil tonyoh lembut permukaan pad sesama sndiri sampai tak ada kesan darah, utk pastikan bersih luar dan dlm, perah berulang kali sambil bilas, konsepnya sama macam kita cuci pad pakai buang sebelum kita buang, sebagai org islam kita diajar untuk cuci dulu darah sebelum buang kan, cuma beza dgn pad kain ia lebih mudah. Lps perah2 smbil bilas sehingga air keluar jernih boleh masuk dlm besen kecil dan kumpul untuk masukkan dlm mesin bersama pakaian lain. Basuhan mesin amat penting bg memastikan saki baki sabun yang kita tak nampak akan hilang sepenuhnya bagi menjaga kelembutan serta penyerapan fabrik. Bilasan tangan sepenuhnya tanpa mesin basuh kurang digalakkan kerana jika saki baki sabun masih kekal pd lapisan2 pad, ia akan memendekkan jangka hayat pad, mengurangkan penyerapan dan juga pad boleh mengeras dan fabrik akan jadi kasar pada kulit. Jika tiada mesin contohnya sekiranya pergi melancong dan sebagainya ia perlu dibilas dan direndam sekejap menggunakan air bersih tanpa sabun sebelum dijemur.

Jika ada darah yg telah dibiarkan kering dan agak melekat kesannnya boleh gunakan sedikit sabun detergen utk tonyoh permukaan atau rendam semalaman dgn sabun detergen, ia akan tanggal. Bilas bersih dan lepas tu boleh masuk mesin seperti biasa. Jika tiada kesan tak perlu rendam.

Berbeza dengan pad pakai buang yang tak boleh keluarkan darah dengan bersih, dengan pad kain, darah mudah keluar tanpa perlu berus. Material yang kami gunakan memang tak lekat kesan degil, jadi darah akan mudah tanggal, jika ada ketulan darah hanya perlu tonyoh lembut saja, diingatkan jangan guna berus ye, boleh rosak kain dan akan memendekkan jangka hayat pad tersebut.

Kalau kata masa tu tak sempat nak cuci terus boleh rendam dulu dgn sabun detergen biasa(jangan letak softlan/apa saja jenama pelembut kain dan clorox/bleach) dlm besen kecil kemudian baru cuci mcm biasa. Kalau di luar, boleh masukkan dalam bag basahan sampai rumah baru cuci. Jika ambil masa lama untuk balik dan susah untuk cuci di luar, basahkan sedikit permukaan pad(jgn sampai basah lencun/meleleh dan masukkan dlm bag basahan supaya ia tak kering dan darah mudah tanggal apabila cuci kemudian.

Kami galakkan guna mesin utk cuci lepas bilas dgn tangan supaya tiada saki baki sabun yang melekat dalam lapisan2 pad. Lepas dah bilas dan perah sehingga air jernih, boleh masuk mesin dgn baju-baju/pakaian lain mcm biasa, spin skali pun boleh bagi cepat kering, kalau baju pun kita tak spin jemur mmg susah nak kering, sama juga dengan pad ni.  Kalau spin jemur lebih cepat kering, masa angkat baju-baju yang dah kering boleh angkat sekali pad yang dah kering. Kami galakkan jemur di luar tapi di bawah teduh untuk menjaga jangka hayat lapisan kalis air dr rosak akibat kena cahaya matahari yg terik terlalu lama. Haba dari matahari di luar dah mencukupi utk bg pad kering. Jadikan amalan macam pakaian dalam harian, ia akan jadi lebih mudah. Jika penjagaan diikuti dengan betul, pad kain kebiasaannya boleh digunakan antara 5-10 thn bergantung pada berapa kerap anda gunakan pad yg sama berulang kali, atau selagi tak koyak kami sendiri menggunakan pad kain yg sama sejak 6 tahun lebih dahulu.